Digital Repositori Mypolycc merupakan platform yang menyimpan dan berkongsi bahan digital yang dihasilkan atau diuruskan oleh Mypolycc. Pengguna boleh mengakses pelbagai bahan seperti e-book, artikel penuh, nota, laporan, video, gambar, dan pelbagai format lagi.
Platform ini dibangunkan untuk memudahkan akses kepada sumber terbitan PoliPD bagi menyokong pengajaran serta pembelajaran mengikut bidang pengkhususan
Kini, anda boleh mengakses lebih daripada 8,000 judul e-book Springer Nature merangkumi pelbagai bidang ilmu sehingga April 2025.
Layari https://link.springer.com/ untuk meneroka koleksi e-book yang tersedia.
Emerald Database Off-Campus boleh di akses sehingga Disember 2025.
Layari Emerald Insight di https://tinyurl.com/26953s8h atau https://tinyurl.com/23qlds6b
e-Sumber U-Pustaka ialah portal sumber digital yang menyediakan akses kepada pelbagai bahan rujukan seperti e-buku, jurnal, artikel ilmiah, laporan penyelidikan dan multimedia.
Sistem ini menyimpan koleksi semua bahan-bahan digital yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti seperti video PdP, ebook, video 360, AR, VR, dokumen-dokumen dan foto galeri untuk digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan peribadi
Pangkalan Data Sumber Digital Perpustakaan Politeknik Port Dickson merupakan platform yang menyediakan akses kepada pelbagai sumber maklumat digital yang berkualiti. Laman ini menawarkan koleksi e-buku, jurnal, artikel, dan bahan rujukan lain yang relevan untuk menyokong proses pembelajaran dan penyelidikan. Dengan kemudahan carian yang mesra pengguna, warga perpustakaan dengan mudah dapat mengakses kepada sumber-sumber digital ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Pangkalan data ini adalah inisiatif untuk memastikan semua pengguna mendapat akses kepada maklumat terkini dalam pelbagai bidang pengajian