Sila baca dan fahami syarat-syarat berikut sebelum menghantar permohonan ILL anda:
Kelayakan Permohonan
Terbuka kepada pelajar dan staf Politeknik Port Dickson sahaja.
Tiada rekod pinjaman tertunggak atau denda yang belum dijelaskan.
Bahan Yang Boleh Dipohon
Buku akademik, artikel jurnal, bab buku atau tesis (jika dibenarkan oleh perpustakaan pemilik).
Bahan seperti kamus, ensiklopedia, koleksi khas atau eBook berlesen tidak boleh dipohon.
Tempoh & Bilangan Permohonan
Maksimum 2 permohonan aktif pada satu masa.
Tempoh pinjaman biasanya 7–14 hari bergantung kepada perpustakaan pemilik.
Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya 5 hari bekerja sebelum tarikh diperlukan (selepas borang lengkap)
Tanggungjawab Pengguna
Menjaga bahan ILL dengan baik dan memulangkannya tepat pada masanya.
Tidak meminjamkan bahan kepada pihak lain.
Bayaran ganti rugi dikenakan jika bahan rosak atau hilang.
Penolakan Permohonan
Perpustakaan berhak menolak permohonan jika maklumat tidak lengkap, bahan tersedia dalam koleksi sendiri, atau tidak diluluskan oleh perpustakaan pemilik.