Perpustakaan memainkan peranan dalam membantu pelajar, pensyarah dan kakitangan Politeknik dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan sejajar dengan Misi, Visi dan Objektif Politeknik
Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisien, sistematik dan mesra pelanggan
Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dn pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional
Mengesan,mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran politeknik serta mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu
KAMI BERILTIZAM DAN BERJANJI AKAN:-
Memberikan perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan koleksi tidak melebihi 1 minit
Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan
memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan
memastikan susun atur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali maklumat